Oleh : Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Mac. – Peruntukkan takmir masjid ada disediakan pada tahun ini, dan apakah kegunaannya? Kegunaan yang dinamakannya takmir masjid itu sejumlahnya ada juga disebutkan BND19 juta tapi hampir ke 90 peratus adalah untuk emolumen atau gaji, selebihnya adalah untuk program-program masjid. Program masjid yang utama ialah Program Muqaddam, belajar Muqqadam dan belajar Al-Quran setiap Jumaat.
Di mana melibatkan lebih 658 orang tenaga pengajar. Yang demikian juga, program yang tetap ani ialah Program Muslimah, Bimbingan Muslimah. Jadi banyak masjid melaksanakan program-program ini dan 'atulah' biayanya, membiayai, biayai bagi tenaga-tenaga pengajar dan juga program-program, selain daripada 'bisdia' belajar ada majlis-majlis yang mereka adakan.
Demikian antara yang diujarkan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin pada hari ke-13 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21, MMN yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, kelmarin.
“Sementara takmir masjid sendiri ada peruntukan, peruntukan pejabat, mereka boleh meminta, meminta berdasarkan apa rancangan, apa programnya yang akan mereka laksanakan. Tapi takmir masjid 'atu', itulah, ada garis panduannya.
“Macam 'atu' jua, takmir masjid, malah dibolehkan untuk menggunakan hasil kutipan tabung masjid khas, tabung masjid khas untuk kegunaan masjid dengan secara berpanduan bahkan digalakkan iaitu antaranya ialah kalau perkara-perkara kecil kerosakan masjid, gunakanlah tabung itu.
“Janganlah gunakan semata-mata jamuan-jamuan, jamuan kerana bermesyuarat ataupun kerana majlis-majlisan. Jadi 'atulah' yang dapat kaola, yang kaola terangkan dalam perkara ani untuk ia telus diketahui bukan saja oleh Yang Berhormat, oleh yang berkenaan bertanya, menyampaikan pertanyaannya kepada Yang Berhormat dan kepada siapa-siapa yang di luar. InsyaaAllah, ia telus," ujar Yang Berhormat lagi.